Meninggal dunia Ahmad Razali Mohd Ali

Pada 16 Mei 2001 beliau meninggal dunia kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 73 tahun. Jenazah dibawa ke rumahnya di Taman Tun Abdul Razak di Ampang, Selangor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. Turut hadir ziarah ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Lain-lain ialah Pemangku Raja Selangor, Tengku Idris Shah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Ghafar Baba. Pengerusi Lembaga Disiplin Umno (2001) Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail turut hadir.

Semasa Perhimpunan Agung UMNO 2001, TPM , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga. Dato' Hormat Rafie juga meninggal dunia pada 30 Mei 2001.[8]